BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Senin, 16 Januari 2012

Nabi Muhammad SAW.

“Muhammad” dalam bahasa Arab berarti “dia yang terpuji”.

Nabi Muhammad SAW. dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal tahun 571 Masehi (yang dikenal sebagai Tahun Gajah), di kota Mekkah, di bagian Selatan Jazirah Arab,

ketiga Baginda dalam kandungan ibunya, Ayahnya, Abdullah Bin Abdul Muthalib  meninggal dunia dalam perjalanan dagang di Yatsrib,

ketika Baginda berumur enam tahun, ibunya Aminah binti Wahab mengajaknya ke Yatsrib (Madinah) untuk menziarahi keluarganya serta menziarahi makam ayahnya. Namun dalam perjalanan pulang, ibunya jatuh sakit. Setelah beberapa hari, ibunya Aminah meninggal dunia di Abwa’ yang terletak tidak jauh dari Yatsrib, dan dikebumikan di sana.

Setelah ibunya meninggal, Baginda dijaga oleh datuknya, ‘Abd al-Muthalib.

Setelah datuknya meninggal, Baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Ketika inilah Baginda diminta menggembala kambing-kambingnya disekitar Mekkah dan sering  menemani bapa saudaranya berdagang ke negeri Syam (Suriah, Libanon dan Palestin).

ketika berumur 25 tahun, Baginda menikah dengan Khadijah. Pada ketika itu Baginda berusia 25 tahun sedangkan Khadijah berumur 40 tahun, tetapi ia masih memiliki kecantikan yang menawan.

Ketika berumur 35 tahun, Baginda bersama dengan orang-orang Quraisy dalam membaiki Ka’bah dan Baginda sendiri yang  memberi keputusan di antara mereka tentang peletakan Hajar al-Aswad di tempatnya. Setelah peristiwa itu Baginda di gelar Al-Amin (Orang yang dapat Dipercaya),
 
Wahyu yang pertama di Gua Hira’

Baginda dilahirkan di tengah-tengah masyarakat terbelakang yang suka dengan kekerasan dan pertelingkahan, ketika menjelang usianya yang ke-40, Baginda sering mengasingkan diri ke Gua Hira’ yang terletak di Jabal An Nur.
Pada 17 Ramadhan,  ketika Baginda sedang bertafakur di Gua Hira’, datang Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah kepadanya. Baginda diminta membaca. lalu Baginda menjawab, “Saya tidak pandai membaca”. Jibril mengulangi tiga kali meminta agar Baginda membaca, dan jawaban Baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq 96: 1-5) ”